Isnin, 11 Februari 2019 | 7:23pm
Kelihatan Gunung Karangetang di Sulawesi mula memuntahkan lahar panas. - Foto baliworldnewsviews

Gunung Karangetang di Sulawesi muntah lahar, penduduk diarah berpindah

HANOI: Agensi Volkanologi Indonesia mengarahkan lebih 1,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan Karangetang di Sulawesi Utara supaya berpindah susulan gunung berapi itu mula memuntahkan lahar panas, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan kepada penduduk kampung Batubulan, Baba dan Niambangeng yang terletak di zon berbahaya, memandangkan tahap amaran kini diletakkan pada tahap kedua tertinggi pada 21 Disember tahun lalu.

Kampung berkenaan yang terletak dalam radius antara dua hingga 2.5 kilometer dari kawah gunung berapi, dihuni kira-kira seramai 1,000 hingga 1,500 penduduk.

Pihak agensi turut melarang pelancong dan penduduk tempatan memasuki atau berada dalam radius empat kilometer dari kawah gunung berapi. Gunung Karangetang antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. – BERNAMA

521 dibaca
Berita Harian X