Isnin, 11 Februari 2019 | 4:44pm
Hakeem Al Araibi ketika dibawa ke mahkamah di Bangkok pada 11 Februari lalu. Foto AFP

Thailand bebaskan pemain bola sepak warga Bahrain

BANGKOK: Kerajaan Thailand membatalkan prosiding perintah ekstradisi terhadap pemain bola sepak, Hakeem al-Araibi, hari ini, susulan desakan masyarakat antarabangsa, mengenai kemungkinan risiko yang dihadapinya jika dihantar pulang ke Bahrain.

“Kami sudah dimaklumkan bahawa Bahrain mahu menarik balik permohonan itu (ekstradisi).

“Jadi, jika mereka (Bahrain) enggan menerima beliau, kami tidak mempunyai alasan untuk menahannya di sini,” kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa, Chatchom Akapin kepada AFP.

Akapin berkata, proses pembebasan Hakeem daripada tahanan sedang dijalankan. - AFP

353 dibaca
Berita Harian X