Isnin, 11 Februari 2019 | 4:22pm

Gempa 4.1 skala Richter gegar Bandung

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.1 skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, di Jawa tengah, hari ini, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, gegaran pada kedalaman 17 kilometer di tenggara Bandung itu berlaku pada jam 1.08 petang waktu tempatan.

Setakat ini tidak ada amaran tsunami dikeluarkan.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata, pelajar Malaysia yang berada di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas disebabkan gempa itu.

Menurut kenyataan itu, pihak kedutaan akan terus memantau situasi. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan pihak konsulat boleh menghubungi pejabat di talian +62215224947 / +6281380813036 - BERNAMA

771 dibaca
Berita Harian X