Sabtu, 9 Februari 2019 | 3:08pm
Borang pencalonan Puteri Ubolratana untuk jawatan perdana menteri. - Foto Reuters

Istana larang pencalonan Puteri Ubolratana

BANGKOK: Sebuah parti politik Thailand akan mematuhi perintah diraja yang melarang pencalonan Puteri Ubolratana untuk jawatan perdana menteri, menurut satu kenyataan hari ini sehari selepas beliau mengumumkan bakal merebut kerusi itu.

“Parti Thai Raksa Chart mematuhi arahan diraja, dengan penuh kesetiaan kepada Raja dan seluruh anggota kerabat diraja,” menurut kenyataan itu kepada wartawan.

Puteri berusia 67 tahun itu mengejutkan rakyat Thailand semalam, apabila mengumumkan beliau bertanding sebagai calon perdana menteri, mewakili Thai Raksa Chart yang setia kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Pembabitannya dalam politik turut memecah tradisi keluarga diraja Thailand, tetapi dijangka tidak mendapat pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya, susulan bantahan Raja Maha Vajiralongkorn. - AFP

1794 dibaca
Berita Harian X