Sabtu, 13 Oktober 2018 | 10:46pm
BANJIR kilat dan tanah runtuh susulan hujan lebat di wilayah Sumatera Utara dan Barat. - Foto EPA

Jumlah korban banjir Sumatera meningkat 21 orang

JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk 11 kanak-kanak sekolah dengan 15 mangsa lain hilang.

Bencana itu turut memusnahkan ratusan rumah, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Lebih 500 rumah di wilayah Sumatera Utara dan Barat dilanda banjir dengan sesetengah dihanyutkan banjir. Tambah pegawai berkenaan, bencana itu turut memusnahkan tiga jambatan gantung.

“Pemindahan penduduk, misi mencari dan menyelamat terus dijalankan. Namun banyak kawasan terjejas di kawasan gunung dan sukar diakses kerana jalan rosak,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Di Sumatera Utara, 11 kanak-kanak sekolah Islam di kampung maut, selepas dinding kelas mereka runtuh, ketika sungai berhampiran melimpah, semalam. - Reuters

Berita Harian X