Isnin, 17 September 2018 | 7:18pm
Duta Indonesia ke Filipina, Sinyo Harry Sarandajang (dua dari kiri) dipeluk oleh salah seorang daripada tiga warga Indonesia yang ditawan di selatan Filipina . - Foto EPA

Abu Sayyaf bebas 3 nelayan Indonesia

JOLO: Tiga nelayan Indonesia yang ditawan militan Filipina di selatan negara itu dibebaskan semalam, 18 bulan selepas mereka diculik, kata tentera.

Lelaki terbabit diculik Januari 2017 ketika menaiki bot laju di luar pulau paling selatan di Tawi-Tawi, yang mana kepulauan Sulu bersebelahan turut diintai militan Abu Sayyaf.

Rakyat Indonesia itu dibebaskan di bandar Indanan, Sulu Sabtu lalu dan diserahkan kepada pihak berkuasa susulan ‘operasi diperhebat tentera’ ke atas Abu Sayyaf, kata jurucakap tentera serantau, Leftenan Kolonel Gerry Besana tanpa memberi butiran lanjut.

“Tiada wang tebusan dibayar. Mereka diberi tekanan operasi kami,” kata Besana kepada AFP.

Abu Sayyaf terkenal memenggal tawanan kecuali wang tebusan dibayar.

Militan itu masih menawan 11 tawanan termasuk warga Belanda yang diculik pada 2012 dan rakyat Vietnam, menurut Besana. -AFP

111 dibaca
Berita Harian X