Khamis, 26 Oktober 2017 | 10:30am
Penduduk Thailand memegang gambar Raja Thai Bhumibol Adulyadej yang akhir ketika mereka menunggu upacara pembakaran istana di dekat Istana Kerajaan di Bangkok, Thailand. - Foto AFP

Upacara pengebumian Raja Bhumibol bermula

BANGKOK: Upacara pengebumian mendiang Raja Bhumibol Adulyadej bermula hari ini dengan lebih 200,000 orang membanjiri kawasan pembakaran di sini.

Waris baginda yang juga satu-satunya anak lelaki, Raja Maha Vajiralongkorn, lengkap berbaju tentera turut menyertai kumpulan sami mengadakan upacara keagamaan di Istana Besar sebelum proses pembakaran bermula 10 malam waktu tempatan.

Vajiralongkorn akan menyalakan api pembakaran tepat jam 10 malam di tempat persemadian bapanya, Rama IX dinasti Chakri.


Upacara pemakaman untuk Raja Thai Bhumibol Adulyadej yang terakhir di Bangkok. - Foto AFP

Upacara dijangka dihadiri kerabat diraja, pemimpin kanan tentera dan tokoh tempatan serta wakil negara luar.

Orang ramai turut diberi peluang mengucapkan selamat tinggal kepada raja yang menaiki takhta pada 1950 dan bersemayam beberapa dekad lamanya itu. - AFP


Seorang penduduk memegang gambar Raja Thai Bhumibol Adulyadej yang terakhir ketika dia mengambil gambar di hadapan Royal Crematorium sebelum upacara pembakaran istana diraja di Bangkok. - Foto AFP

Berita Harian X