Jumaat, 18 Ogos 2017 | 1:56pm
ASKAR Tentera Darat Filipina melihat orentasi pakaian pelindung oleh doktor haiwan di pusat komando untuk pihak kesihatan, haiwan dan pertanian di San Luis. - Foto EPA

Filipina kesan wabak selesema burung kedua

MANILA: Filipina mengesan wabak selesema burung kedua di wilayah lain di pulau Luzon, seminggu selepas kes pertama dilaporkan di negara itu.

Setiausaha Pertanian Filipina, Emmanuel Pinol, berkata penularan wabak kedua itu berlaku di daerah Jaen di wilayah Nueva Ecija, utara Manila.

Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari kawasan wabak pertama.

Pinol berkata, dua kes selsema burung itu dikesan pada burung puyuh.

"Susulan penularan wabak di Nueva Ecija ini, kami mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh kuarantin di Luzon," katanya kepada stesen radio tempatan DZBB.

Sebelum ini, kes pertama dilaporkan di daerah San Luis di wilayah Pampangna, yang juga berada di pulau Luzon.

Kerajaan berkata, kira-kira 600,000 ayam terpaksa dimusnahkan untuk membendung penularan wabak itu.

Dalam kedua-dua kes, kata Pinol, ujian awal menunjukkan ia membabitkan jenis virus amat mudah merebak iaitu H5N1.

Beberapa sampel kes pertama dihantar ke Australia untuk ujian lanjut dan keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Semua unggas dalam lingkungan satu kilometer dari beberapa ladang di Nueva Ecija akan turut dimusnahkan, kata Pinol, tanpa memberikan jangkaan jumlah haiwan terbabit.

Setakat ini, masih belum ada jangkitan ke atas manusia dilaporkan di negara itu. - REUTERS

Berita Harian X