Rabu, 5 Julai 2017 | 6:23pm

Indonesia ketuai ASEAN bida Piala Dunia 2034

JAKARTA: Indonesia dijangka mengetuai konsortium negara Asia Tenggara dalam usaha besar membida bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034, kata persatuan bola sepak negara berkenaan, hari ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Joko Driyono, berkata republik itu bercadang mengetuai konsortium Asia Tenggara di mesyuarat majlis Konfederasi Bola Sepak Asia (AFF) di Vietnam, awal bulan ini.

"Ia akan diluluskan secara rasmi di mesyuarat majlis (AFF) dekat Bali pada September," kata Driyono.

Driyono berkata, usaha membida hak tuan rumah acara paling berprestij bola sepak itu adalah 'cita-cita besar' tetapi konsortium membabitkan negara ASEAN itu ada 17 tahun untuk bersedia hingga penamat pada 2026.

Berdasarkan faktor geografi dan infrastruktur, hanya dua atau tiga daripada 10 negara ASEAN akan memiliki peluang menjadi tuan rumah perlawanan pada Piala Dunia 2034, kata Driyono.

Dia percaya bidaan itu akan memberi suntikan semangat buat Indonesia dan negara jiran untuk meningkatkan mutu bola sepak mereka. - AFP

14 dibaca
Berita Harian X