Khamis, 28 November 2019 | 7:49am
Donald Trump semalam menandatangani undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan prodemokrasi Hong Kong. - Foto Reuters

Trump tandatangan rang sokong penunjuk perasaan Hong Kong

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan prodemokrasi Hong Kong.

Tindakan Trump itu berkemungkinan besar akan membangkitkan kemarahan Beijing pada ketika Washington berharap dapat meredakan ketegangan perang perdagangan AS-China.

Pada mulanya, Trump seolah enggan untuk menandatangani rang undang-undang itu, namun terpaksa akur selepas kongres AS sebulat suara menyokong langkah berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Trump menyatakan rasa hormat terhadap Presiden China, Xi Jinping dan berharap pemimpin itu, wakil kerajaan China dan Hong Kong dapat menyelesaikan perbezaan mereka dengan baik. - AFP

Berita Harian X