Rabu, 6 November 2019 | 4:21pm
Pihak berkuasa masih memburu suspek.

Lelaki ditikam mati gara-gara sandwic ayam

MARYLAND: Seorang lelaki ditikam mati di restoran Maryland Popeyes kelmarin susulan pergaduhan yang dilaporkan ada kaitan dengan sandwic ayam yang dijual di rangkaian restoran terkemuka itu.

Mangsa, 28, menunggu untuk membuat pesanan apabila seseorang cuba memotong barisan, memulakan pergaduhan dalam restoran cawangan Oxon Hill dan kemudian merebak ke luar, lapor media memetik kenyataan polis.

Mangsa dibawa ke hospital berdekatan, dan dilaporkan meninggal dunia tidak sampai sejam kemudian.

Pihak berkuasa masih memburu suspek. Polis di Maryland menyiarkan imej suspek dan seorang lagi yang bersamanya semalam.

Sandwic ayam restoran berkenaan dijual semula Ahad lalu selepas tidak disediakan selama beberapa bulan. - Agensi

Berita Harian X