Selasa, 5 November 2019 | 8:42am
Bakal Presiden Guatemala yang dipilih, Alejandro Giammattei. - Foto AFP

Bakal presiden Guatemala putus hubungan dengan Venezuela

GUATEMALA CITY: Bakal Presiden Guatemala yang dipilih, Alejandro Giammattei berkata semalam, beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Venezuela yang dipimpin Nicolas Maduro sebaik mengangkat sumpah pada 14 Januari depan.

Pemimpin parti berhaluan kanan itu sebaliknya akan mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guaido sebagai pemimpin Venezuela, katanya kepada wartawan.

“Saya rasa ia adalah tindakan yang betul. Beberapa kerajaan Amerika Selatan lain, akan melakukan perkara yang sama,” katanya tanpa memberi sebarang perincian.

Giammattei memenangi pilihan raya umum Guatemala Ogos lalu.

Susulan kedudukan Nicolas Maduro sebagai presiden dianggap tidak sah, beberapa negara bertindak menyokong Guaido termasuk Amerika Syarikat, El Salvador dan Costa Rica. - Reuters

Berita Harian X