Rabu, 11 September 2019 | 7:50am
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika menyampaikan ucapan pada persidangan National Historically Black Colleges and Universities (HBCU) 2019 di Washington. Foto Reuters

Trump pecat penasihat keselamatan, John Bolton

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan memecat penasihat keselamatan kebangsaan, John Bolton berikutan perselisihan faham mengenai dasar luar membabitkan beberapa negara, seperti Korea Utara, Iran, Afghanistan dan Russia.

“Saya sudah memaklumkan John Bolton bahawa mulai malam semalam, perkhidmatannya tidak lagi diperlukan di Rumah Putih.

“Saya tidak bersetuju dengan kebanyakan daripada cadangannya, seperti mana orang lain di dalam pentadbiran ini,” kata Trump di Twitter.

Trump berkata, beliau akan mengumumkan pengganti Bolton minggu depan.

Bolton adalah penasihat keselamatan ketiga yang dilantik oleh Trump, mahu presiden itu terus memberi tekanan kepada Korea Utara, di sebalik pelbagai usaha diplomatik yang dilaksanakan.

Beliau juga membantah cadangan Trump untuk mengadakan mesyuarat dengan kepemimpinan Iran dan mahu pendekatan lebih tegas terhadap Russia serta Afghanistan. - Reuters

741 dibaca
Berita Harian X