Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:16pm
Pengguna Twitter akan berpeluang menjadi pengikut beberapa topik mengikut jenis hobi menjelang hujung tahun ini, sama seperti menjadi pengikut akaun individu tertentu. - Foto AFP

Twitter perkenal ciri 'follower' hobi

SAN FRANCISCO: Pengguna Twitter akan berpeluang menjadi pengikut beberapa topik mengikut jenis hobi menjelang hujung tahun ini, sama seperti menjadi pengikut akaun individu tertentu, kata syarikat itu.

Ciri baharu itu bakal dilancarkan di peringkat antarabangsa sebagai pelantar pesanan satu kepada banyak penerima memberi keutamaan tempat dalam talian untuk perbualan berbanding hanya menggunakan fungsi siaran sehala kepada khalayak.

“Kami secara asasnya menyusun semula perkhidmatan perbualan. Kami sedang membangunkan infrastruktur itu dan ia hampir siap,” kata ketua pasukan produk Twitter, Kayvon Beykpour kepada wartawan ketika taklimat di ibu pejabat syarikat itu di sini.

Syarikat itu turut mendedahkan usaha berterusan mereka dalam berkongsi buah fikiran menerusi pelantar yang selamat dan mudah.

Twitter kerap membenarkan pengguna menjadi pengikut kepada pemilik akaun tetapi ciri baharu yang bakal dilancarkan hujung tahun ini, akan membenarkan pengguna membuat pilihan untuk menjadi pengikut kepada pasukan sukan tertentu atau kategori yang tersenarai.

Sebagai contoh, menghantar atau berinteraksi menggunakan Twitter mengenai pasukan yang mungkin bertanya adakah pengguna mahu menjadi ‘pengikut’ pasukan atau sekadar hanya mengetahui mengenai apa yang diperkatakan di Twitter berhubung topik terbabit.

“Kami akan membenarkan anda mengikuti topik di Twitter, daripada menggantikan dengan pengikut lain, pada fikiran kami dengan cara itu ia akan memudahkan anda untuk menjadi pengikut orang baru,” kata pengurus produk, Rob Bishop.

Kemudahan untuk ‘membisu’ topik sebagai contoh untuk mengelak papan tanda markah dapat dilihat. Topik yang diikuti pengikut akan tertera di dalam profil asalkan mereka berdaftar dengan hobi terbabit.

Menurut pasukan itu, Twitter secara perlahan, menawarkan beberapa pilihan sukan, untuk memperkenalkan ciri itu sebelum meluaskan kepada topik lain. - AFP

Berita Harian X