Rabu, 26 Jun 2019 | 7:12am
Desmond Amofah atau Etika ditemui mati di New York, semalam. Foto AFP

Selebriti YouTube, Desmond Amofah, ditemui mati

NEW YORK: Selebriti YouTube Amerika Syarikat, Desmond Amofah, yang lebih dikenali sebagai ‘Etika’ ditemui mati di sini, iaitu seminggu selepas beliau dilaporkan hilang.

Amofah, 29, meraih populariti menerusi laman video permainan dan kritikan terhadap permainan Nintendo.

Sehari sebelum dilaporkan hilang, beliau mengejutkan peminatnya apabila memuat naik video selama lapan minit mengenai hasrat untuk membunuh diri.

Polis New York berkata, Amofah dipercayai hilang selepas membuat panggilan telefon pada jam 8 malam (waktu tempatan), pada 19 Jun lalu.

Susulan itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai menerusi media sosial sambil memuat naik gambarnya, dalam usaha mengesan Amofah yang tinggal di kawasan Brooklyn.

Menurut polis, mereka menerima panggilan telefon pada malam Isnin lalu, mengenai penemuan mayat yang timbul di permukaan air, di kawasan South Street Seaport.

Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa mayat itu adalah Amofah. - AFP

3944 dibaca
Berita Harian X