Ahad, 19 Mei 2019 | 1:22pm
Pengeluar pesawat Boeing semalam mengaku ia perlu membetulkan kecacatan pada perisian simulator penerbangan yang digunakan untuk melatih juruterbang menerbangkan 737 MAX. - Foto fail AFP

Boeing mengaku kecacatan pada perisian simulator 737 MAX

NEW YORK: Pengeluar pesawat Boeing semalam mengaku ia perlu membetulkan kecacatan pada perisian simulator penerbangan yang digunakan untuk melatih juruterbang menerbangkan 737 MAX, model pesawat yang terbabit dalam dua nahas sehingga mengorbankan 346 nyawa.

“Boeing membetulkan perisian simulator 737 MAX dan memberikan maklumat tambahan kepada pengendali peranti untuk memastikan pengalaman simulator diwakili semua keadaan pesawat yang berbeza.

“Perubahan ini akan membaiki simulasi beban ke atas roda manual.

“Boeing bekerjasama dengan pengeluar peranti dan pengendali mengenai perubahan dan baik pulih, dan bagi memastikan latihan pengguna tidak diganggu,” kata syarikat itu dalam kenyataan. - AFP

204 dibaca
Berita Harian X