Ahad, 19 Mei 2019 | 9:19am
PASUKAN penyelamat bersama penduduk tempatan berusaha mengeluarkan mangsa selepas pesawat persendirian terhempas berhampiran pantai Honduras. - Foto AFP

5 pelancong maut nahas pesawat di Honduras

TEGUCIGALPA: Lima pelancong asing, empat daripada mereka rakyat Kanada, maut semalam selepas pesawat persendirian yang dinaiki terhempas ke dalam laut sejurus berlepas dari pulau Roatan, berhampiran pantai Honduras, kata pihak berkuasa tempatan.

Perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, mereka tidak dapat mengesahkan kerakyatan seorang lagi mangsa yang terbunuh dalam nahas itu atau punca kejadian.

Pesawat itu menuju ke bandar raya tumpuan pelancong, Trujillo, kira-kira 80 kilometer dari Roatan, pulau indah yang kerap dilawati pelancong dari Amerika, Kanada dan Eropah, kata pihak berkuasa. - Reuters

158 dibaca
Berita Harian X