Sabtu, 18 Mei 2019 | 11:49am
KIM Kardashian

Kardashian namakan anak keempat, Psalm West

CHICAGO: Bintang rancangan realiti televisyen, Kim Kardashian mengumumkan nama anak keempat, bayi lelaki Psalm West dilahirkan minggu lalu menerusi ibu tumpang.

Menerusi laman Twitter Kadarshian menulis ‘Psalm West’ dalam entri di laman akaun yang mempunyai 60 juta pengikut yang turut dimuat bersama gambar bayi yang dibalut dengan selimut dalam buaian dengan keterangan gambar: ‘Kami dilimpahi keberkatan tanpa ukuran. Kami miliki semua yang kami perlukan.”

Kardashian dan suaminya, Kanye West sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, Chicago, anak perempuan yang juga dilahirkan menerusi ibu tumpang pada Januari 2018, anak lelaki Saint, 3, dan anak perempuan North, 5.

Menurut bintang itu, beliau memutuskan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang selepas doktor memberi amaran risiko kesihatan yang perlu dihadapi jika mengandung semula selepas melahirkan Saint pada 2015. - Reuters

308 dibaca
Berita Harian X