Sabtu, 18 Mei 2019 | 11:22am

Pesakit mental potong kepala ibu guna gergaji

TEXAS: Seorang lelaki bertindak kejam membunuh ibunya dengan memotong kepala mangsa menggunakan gergaji sebelum melarikan diri, kata pihak berkuasa.

Isaac Israel Warriner didakwa dengan tuduhan menyeksa mayat selepas pegawai menemui mayat Sarah Warriner yang dipotong di pangsapuri mereka di bandar raya Denton.

Warriner, 22, yang dikatakan pernah mengalami masalah mental, tidak didakwa membunuh ibunya walaupun pihak berkuasa tidak menafikan tuduhan itu mungkin akan dikenakan.

Kejadian itu diketahui apabila Jabatan Polis Denton menerima panggilan jiran mangsa yang memberitahu Warriner berkelakuan aneh dan membawa peralatan pembersihan.

Apabila pegawai polis tiba, mereka menemui mayat Sarah, 65, dan gergaji di dalam kediaman itu.

Kepalanya tiada di situ dan tidak dapat dipastikan sama ada ia sudah dapat dikesan.

Warriner tidak di pangsapuri tetapi dikesan menaiki kereta ibunya keesokan hari, dan membawa polis memburunya sehingga ke Oklahoma dan menahannya. — Agensi

202 dibaca
Berita Harian X