Jumaat, 19 April 2019 | 7:27am
Pengawal Pantai Amerika Syarikat memunggah sebahagian daripada dadah yang berjaya dirampas di Port Everglades, Florida. Foto AFP

Dadah bernilai RM258 juta berjaya dirampas

MIAMI: Pengawal pantai Amerika Syarikat merampas dadah seberat lapan tan bernilai AS$62.5 juta (RM258.4 juta), di kawasan perairan antarabangsa berhampiran sempadan pantai Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan

Kargo yang mengandungi muatan marijuana seberat 6.3 tan metrik dan kokain (1.7 tan metrik) yang masing-masing bernilai AS$12.5 juta (RM51.7 juta) dan AS$50 juta (RM206.7 juta), kemudiannya disimpan di Port Everglades di Fort Lauderdale, di utara Miami.

Menurut pengawal pantai, kesemua dadah itu dirampas dalam lima operasi berasingan ke atas beberapa bot yang dipercayai menyeludup dadah.

“Ia adalah satu kejayaan, seperti yang kita lakukan hari ini, sudah pasti memberi kesan kepada pertubuhan jenayah terbabit,” kata pengawal pantai, Leftenan Komander Andrew Dennelly. - AFP

348 dibaca
Berita Harian X