Rabu, 27 Februari 2019 | 8:17am
Presiden Donald Trump. - Foto EPA

Dewan Perwakilan lulus resolusi halang Trump dapat dana

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, semalam meluluskan resolusi menghalang Presiden Donald Trump memperoleh dana untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico menerusi perisytiharan darurat yang dilakukannya.

Resolusi itu, yang kini dibentangkan kepada Senat yang dikuasai Republican, diluluskan Dewan dikawal Democrat dengan sokongan selesa 245 berbanding 182.

Tiga belas anggota Republican menyertai Democrat dalam mengenepikan perisytiharan itu.

Trump, selepas gagal memperoleh berbilion dolar untuk pembinaan tembok daripada Kongres, mengisytiharkan darurat pada 15 Februari lalu yang membolehkan beliau mendapat dana daripada sumber lain, terutama bajet Pentagon bagi projek pembinaan tentera.

Presiden mengancam menggunakan veto ke atas resolusi itu jika ia diluluskan Dewan dan Senat. — AFP

387 dibaca
Berita Harian X