Isnin, 11 Februari 2019 | 10:33am
MICHELLE Obama (dua dari kanan) membuat penampilan mengejut di pentas anugerah Grammy semalam. - Foto Reuters

Penampilan Michelle Obama ceriakan anugerah Grammy

LOS ANGELES: Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, membuat penampilan mengejut di pentas anugerah Grammy semalam untuk menyampaikan mesej memperkasakan wanita di sisi bintang terkenal seperti Lady Gaga, Jennifer Lopez, hos Alicia Keys dan pelakon Jada Pinkett-Smith.

“Musik menunjukkan kepada kita bahawa semua perkara penting. Semua cerita dalam semua suara, setiap nota dalam setiap lagu.

“Bukankah begitu, wahai wanita,” kata Obama yang disambut tepukan gemuruh penonton.

The Recording Academy yang menganjurkan pesta anugerah berhadapan kritikan tajam kerana tidak memasukkan kepelbagaian, selepas hampir menolak pencalonan wanita pada acara tahun lalu.

Tahun ini, lima daripada lapan pencalonan untuk Album Terbaik adalah wanita iaitu bintang rap,

Cardi B; penyanyi lagu rakyat rock, Brandi Carlile; penyanyi pop, Janelle Monae, prodigi R&B H.E.R. dan bintang country, Kacey Musgraves.

“Terima kasih di atas sinar, mesej kasih sayang, persaudaraan,” kata Keys, wanita pertama menjadi hos anugerah itu dalam masa 14 tahun. — AFP

245 dibaca
Berita Harian X