Sabtu, 12 Januari 2019 | 8:40am
Kakitangan persekutuan memegang papan tanda meminta supaya penutupan operasi pentadbiran kerajaan segera ditamatkan pada tunjuk perasaan di Boston, Massachusetts. Foto EPA

Trump sangkal isytihar darurat

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menolak dakwaan bahawa beliau akan mengisytiharkan perintah darurat kebangsaan bagi melangkau kuasa Kongres, sekali gus mendapatkan dana untuk membina tembok di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico.

“Jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan saya mengisytiharkan darurat, tetapi saya tidak akan melakukannya dalam masa terdekat, kerana ia adalah tugas yang perlu dijalankan oleh Kongres,” katanya kepada wartawan.

Terdahulu, Trump memohon dana bagi membiayai pembinaan tembok di sempadan Mexico bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin, iaitu antara janji yang dibuat dalam kempen Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Namun, tindakannya itu menimbulkan krisis politik dan mengakibatkan 800,000 kakitangan persekutuan terpaksa bekerja tanpa gaji. - AFP

267 dibaca
Berita Harian X