Jumaat, 2 November 2018 | 7:46am
Pendatang kebanyakannya berasal dari Honduran memegang bendera nasional Honduran dan Mexico ketika dalam perjalanan mereka menuju ke Amerika Syarikat melalui Matias Romero, di La Ventosa, Oaxaca State, Mexico. - Foto AFP

Trump ancam tembak pendatang baling batu

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa askar yang ditempatkan di sempadan Mexico dibenarkan menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka ketika cuba menyeberang secara haram.

Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa sekumpulan beberapa ribu pendatang cuba berjalan kaki dari Amerika Tengah menerusi Mexico membaling batu secara ganas ke arah polis Mexico.

“Kami tidak akan bersabar. Mereka mahu membaling batu ke arah tentera kami, tentera akan membalas.

“Saya beritahu mereka supaya menganggap batu seperti raifal.

“Apabila mereka membaling batu seperti dibuat kepada tentera dan polis Mexico, saya katakan anggap ia seperti raifal,” katanya.

Trump bercakap ketika pembentangan dasar kontroversi menghapuskan apa yang dikatakannya kemasukan pendatang tanpa izin tidak terkawal.

Beliau menegaskan lagi retorik itu setiap hari menjelang pilihan raya pertengahan Kongres Selasa ini, menuduh Democrat mahu membuka sempadan kepada ‘orang kasar’, ‘perogol’ dan beberapa jenis ancaman lain.

Fokus terkini dakwaan Trump untuk bertindak terhadap ‘pencerobohan’ adalah mengurangkan kumpulan ribuan pendatang miskin yang cuba ke utara.

Mereka kini berada di Mexico, walaupun masih jauh dari sempadan Amerik Syarikat.

Trump berkata, bermula serangan AS aan menghentikan dasarnya membenarkan pihak yang mendakwa memperoleh suaka politik di sempadan kecuali mereka pergi ke pos sempadan rasmi terlebih dahulu. — AFP

39 dibaca
Berita Harian X