Sabtu, 20 Januari 2018 | 8:24pm
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump. - Foto EPA

Trump tuduh Democrat punca kerajaan tidak berfungsi

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyalahkan ahli perundangan Democrat sebagai punca kerajaan persekutuan tidak lagi berfungsi bermula hari ini.

"Anggota Democrat lebih bimbangkan pendatang tanpa izin berbanding rakyat yang berkhidmat dalam angkatan tentera atau keselamatan di sempadan selatan yang bahaya.

"Mereka boleh menyatakan persetujuan tetapi memutuskan untuk bermain politik," katanya dalam Twitter yang disiarkan awal hari ini.

Senat dijangka menyambung rundingan mengenai dana kerajaan pada waktu tengah hari. - Reuters

17 dibaca
Berita Harian X