Jumaat, 29 Disember 2017 | 10:27am
SEBUAH pangsapuri empat tingkat terbakar di Bronx, pinggir New York City.- Foto Reuters

12 maut dalam kebakaran di New York

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 12 maut termasuk seorang kanak-kanak, dan empat cedera parah semalam, selepas sebuah pangsapuri empat tingkat terbakar di Bronx, pinggir New York City, kata Datuk Bandar.

Katanya, punca kebakaran di 2363 Prospect Avenue masih tidak dapat dipastikan, namun ia bermula dari tingkat pertama dan kemudian merebak cepat hingga ke tingkat tiga.

"Dukacita dilaporkan 12 penduduk New York maut, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, kata Datuk Bandar, Bill de Blasio kepada wartawan di tempat kejadian, selepas kebakaran dipadamkan.

Katanya, empat mangsa yang cedera parah berada dalam keadaan kritikal.

"Kita mungkin akan kehilangan yang lain juga," katanya

Blasio menambah mangsa berumur dalam lingkungan setahun hingga 50 tahun.

Sekolah berhampiran dijadikan tempat perlindungan sementara bagi mangsa yang dipindahkan dari bangunan itu. - AFP

Berita Harian X