Selasa, 18 Julai 2017 | 10:02am
PRESIDENT Donald, J Trump. - Foto EPA

AS ugut tindakan ekonomi terhadap Caracas

WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi amaran Caracas akan dikenakan 'tindakan ekonomi' jika Presiden Nicolas Maduro meneruskan hasrat meminda perlembagaan Venezuela.

Beliau menganggap Maduro sebagai pemimpin yang teruk dan berangan-angan menjadi diktator.

"Amerika Syarikat tidak akan membiarkan Venezuela musnah," kata Trump dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika Maduro masih berbuat demikian pada Perhimpunan Perlembagaan 30 Julai ini, kami akan bertindak tegas terhadapnya," katanya tanpa mengulas lanjut.

Kelmarin, seorang remaja lelaki dan seorang wanita mati ditembak ketika tunjuk perasaan besar-besaran anjuran pembangkang yang menentang Maduro. - AFP

Berita Harian X