Jumaat, 7 Julai 2017 | 2:33pm

Jet AS cabar Beijing


PESAWAT B-1B.

TOKYO: Dua pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) terbang di Laut China Selatan bertujuan menegaskan hak bahawa kawasan itu adalah wilayah antarabangsa walaupun dituntut China.

Perkembangan berhubung pertikaian wilayah di laluan laut sibuk itu dimaklumkan tentera udara Amerika Syarikat dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum melakukan penerbangan itu, kedua-dua pesawat jenis B-1B berkenaan mengadakan latihan dengan beberapa jet pejuang Jepun di Laut China Timur dan ia adalah kali pertama latihan ketenteraan bersama kedua-dua negara sekutu itu diadakan pada waktu malam.

Tindakan tentera Amerika Syarikat itu dilakukan ketika ketegangan memuncak di rantau terbabit, selepas Korea Utara mendakwa ia berjaya membangunkan peluru berpandu jarak jauh yang mampu mengancam Washington.

Amerika Syarikat sebelum ini memaklumkan ia mahu China bertindak menekan Pyongyang supaya menghentikan penyelidikan bom nuklear dan peluru berpandunya. - Reuters

Berita Harian X