Sabtu, 14 Disember 2019 | 8:51pm
Penyokong Omar al-Bashir melaungkan bantahan di luar mahkamah yang mensabitkannya atas tuduhan rasuah di Khartoum, Sudan hari ini. -Foto Reuters
Bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir duduk dalam kandang defendan ketika perbicaraan kes rasuahnya di mahkamah Khartoum, hari ini. -Foto AFP

Omar al-Bashir dipenjara 2 tahun

DARFUR: Mahkamah Sesyen Sudan mensabitkan bekas presiden, Omar al-Bashir atas kesalahan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun di pusat pemulihan hari ini, dalam keputusan pertama terhadap kes pemimpin yang digulingkan menerusi rusuhan besar-besaran itu.

Hakim berkata, Omar, 75, yang digulingkan tentera April lalu, susulan tunjuk perasaan menentang pemerintahan beliau selama tiga dekad, dihantar ke pusat pemulihan bukan penjara disebabkan faktor umur.

Beliau juga mengarahkan jutaan mata wang Euro dan pound Sudan yang ditemui di kediaman bekas pemimpin itu ketika digulingkan, dirampas.

Kes Omar adalah ujian mengenai seberapa pantas dan sejauh mana tentera dan pihak berkuasa awam, yang kini berkongsi kuasa di Sudan akan bertindak menamatkan legasinya.

Omar juga dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 2009 dan 2010 berhubung tuduhan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah pedalaman Darfur. - Reuters

Berita Harian X