Ahad, 13 Oktober 2019 | 12:18pm
MILITAN Al Shabaab. - Foto Reuters

10 pegawai polis maut serangan bom militan

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 10 pegawai polis Kenya terbunuh apabila kenderaan dinaiki menjadi mangsa serangan bom berhampiran sempadan Somalia, semalam.

Menurut laporan polis, bahan letupan berkenaan dipercayai ditanam militan Al Shabaab.

Dalam satu kenyataan berasingan polis berkata, beberapa pegawai terbunuh namun tidak memberikan jumlah sebenar.

Satu letupan hampir sama pada Jun lalu membunuh kira-kira 12 anggota polis. - Reuters

Berita Harian X