Khamis, 26 September 2019 | 6:26pm

Bangunan runtuh perangkap puluhan pekerja di Sierra Leone

FREETOWN: Puluhan pekerja pembinaan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan di selatan Sierra Leone, hari ini.

Perkhidmatan penyelamat berkata, bangunan tiga tingkat runtuh di wilayah Bo, bandar kedua terbesar di negara itu yang terletak kira-kira 250 kilometer dari ibu negara Freetown.

Sementara itu, pegawai pengurusan jabatan bencana memberitahu AFP, lebih 80 orang dijadualkan bekerja di lokasi semasa kejadian, namun berapa ramai pekerja terperangkap tidak diketahui.

Setakat ini, beberapa orang pekerja berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan itu dan dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan serius. - AFP

Berita Harian X