Selasa, 24 September 2019 | 4:08pm

Lapan bayi maut kebakaran unit bersalin hospital di Algeria

ALGERIA: Sekurang-kurangnya lapan bayi maut dalam kebakaran di unit bersalin di sebuah hospital di timur Algeria sebelum subuh hari ini, kata perkhidmatan kecemasan.

“Kami berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 wanita dan 28 kakitangan selepas kebakaran berlaku pada jam 3.50 pagi di hospital di Oued Souf yang terletak 500 kilometer di tenggara Algeria.

“Malangnya lapan bayi meninggal dunia akibat terbakar dan sesak nafas,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Kapten Nassim Bernaoui yang memberitahu AFP. -AFP.

Berita Harian X