Jumaat, 20 September 2019 | 11:05pm
Sekurang-kurangnya lima anggota tentera terbunuh dalam satu serangan hendap di barat laut Burkina Faso. - Foto fail AFP

Lima anggota askar maut dalam serangan hendap

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya lima anggota tentera terbunuh dalam satu serangan hendap di barat laut Burkina Faso berhampiran sempadan Mali, malam semalam.

“Peronda tentera diserang pada malam semalam dalam satu serangan hendap oleh individu bersenjata berhampiran Toeni di wilayah Sourou, kata sumber keselamatan.

Dalam serangan itu, hanya seorang anggota tentera dilaporkan cedera.

Sumber lain berkata, pihak tentera membalas tembakan dan menghantar pasukan tentera peronda lain untuk mengesan penyerang.

Bulan lalu, serangan hampir sama berlaku di wilayah itu telah mengorbankan empat anggota tentera. - AFP

Berita Harian X