Khamis, 5 September 2019 | 12:21am
Anggota bomba memancutkan air bagi memadamkan kebakaran di sebuah kedai di Alexandria, Johannesburg, Afrika. - Foto REUTERS

2 mayat rentung mangsa xenofobia di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Polis Afrika Selatan memaklumkan mereka menemui dua mayat rentung di sebuah kedai di Alexandria, Johannesburg, semalam dan berita itu menjadi jumlah kematian serangan xenofobia meningkat kepada tujuh orang.

Xenofobia adalah kebencian terhadap warga asing.

“Ya, dua mayat disahkan ditemui di sebuah kedai, mereka rentung,” kata jurucakap polis Johannesburg Metro, Wayne Minnaar sambil menambah keadaan pembunuhan mereka tidak jelas.

Menurut rangkaian berita tempatan eNCA, mayat itu ditemui mereka yang mencari besi buruk, susulan keganasan semalaman dari Isnin hingga kelmarin yang menyaksikan kedai milik asing diserang dan dibakar. - AFP


Sebuah kedai kereta yang musnah akibat kebakaran di Johannesburg, Afrika. - Foto AFP

521 dibaca
Berita Harian X