Jumaat, 30 Ogos 2019 | 8:41pm
PETUGAS kesihatan memeriksa suhu badan seorang wanita di stesen pemeriksaan Ebola. - Foto AFP

Kematian virus Ebola di Congo mencecah 2,000 orang - WHO

GOMA: Angka korban wabak Ebola sepanjang tahun di Republik Demokratik Congo (DRC) melonjak kira-kira 2,000 orang, menurut data kerajaan hari ini.

Kes terbaru membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang diuji positif wabak itu selepas memasuki negara ini dari Congo.

Pasukan kerajaan berkata, bilangan yang disahkan dan kes yang mungkin berlaku sudah mencecah lebih 3,000 kes.

Meskipun, pembangunan vaksin dan rawatan yang berkesan, pekerja kesihatan terpaksa berhempas pulas menghentikan penyebaran virus di kawasan terpencil dan dilanda konflik di timur Congo di mana kebanyakan penduduk tempatan seakan-akan sangsi dengan usaha untuk menanganinya.

Meskipun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kes terbaru di Uganda menonjolkan kemahiran pihak berkuasa sempadan untuk mengesan dan mengasingkan sumber yang berpotensi menyebarkan wabak itu.

“Kes ini diambil di sempadan dan mereka yang berada di situ mempunyai kepakaran,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib ketika satu taklimat di Geneva.-Reuters.

162 dibaca
Berita Harian X