Jumaat, 2 Ogos 2019 | 1:25am
FOTO hiasan.

Mahkamah Malawi haramkan plastik pakai buang

BLANTYRE: Mahkamah tertinggi Malawi membuat keputusan memihak kepada dasar kerajaan negara itu yang mengharamkan penghasilan, pengedaran dan pengimportan plastik nipis.

Dalam satu penghakiman, Rabu lalu, panel tujuh hakim Mahkamah Rayuan Agung negara itu menolak tuntutan syarikat pengeluar plastik yang mahu larangan penggunaan plastik pakai buang, sejak empat tahun lalu, dibatalkan.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 12 syarikat berjaya mendapat perintah injunksi terhadap pelaksanaan larangan itu atas sebab ia melanggar hak perniagaan mereka.

Namun, mahkamah minggu ini memutuskan bahawa plastik yang berukuran kurang daripada 60 mikron adalah berbahaya kepada alam sekitar kerana mengambil masa yang lama untuk terurai.

Susulan keputusan itu, tindakan menggunakan plastik pakai buang boleh didenda, arahan penutupan kilang atau penyitaan produk, kata mahkamah.

Pengarah alam sekitar di kementerian sumber alam, Tawonga menyambut baik keputusan itu.

"Plastik sukar untuk musnah dengan sendiri, justeru ia adalah kemenangan untuk alam sekitar," katanya. - AFP

513 dibaca
Berita Harian X