Isnin, 10 Jun 2019 | 9:15pm

43 maut penyerang bersenjata serbu perkampungan

KANO (NIGERIA) : Seramai 43 orang maut apabila penyerang bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan tembakan di utara Nigeria, kata polis hari ini dalam siri serangan terbaru oleh kumpulan penjenayah.

Siri serangan itu yang dilakukan sejak Sabtu di negeri paling utara di Nigeria iaitu Sokoto menyaksikan kumpulan penjenayah berkenaan keluar dari lokasi persembunyian sebelum menyerbu semua perkampungan terbabit.

“Mereka melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung,” kata seorang saksi, Abdullahi Dantani dari perkampungan Satiru yang kehilangan 18 rakan sekampung dalam serangan itu.

Di daerah Rabah, penjenayah terbabit menyerbu empat perkampungan iaitu Rukunni, Tsage, Giire dan Kalfu sebelum membunuh 25 penduduk.

“Seramai 25 orang maut dan beberapa haiwan ternakan turut dicuri penyerang,” kata pegawai atasan polis negeri Sokoto, Ibrahim Kaoje.

Kaoje berkata, empat individu ditahan dalam kaitan dengan kesemua serangan berkenaan termasuk seorang pemberi maklumat wanita, yang menyamar sebagai individu tidak siuman.

Dalam satu serangan berasingan di daerah Satiru, penyerang itu membunuh 18 penduduk dan melarikan haiwan ternakan.

“Kami kehilangan 18 penduduk dalam serangan itu yang menyerbu kampungt kami menggunakan motosikal,” kata penduduk tempatan, Umeh Ta’ala. - AFP

431 dibaca
Berita Harian X