Sabtu, 8 Jun 2019 | 9:16am

Penduduk risau 14 singa terlepas

LIMPOPO: Pihak berkuasa Afrika Selatan memberi amaran penduduk supaya berwaspada apabila sekumpulan 14 ekor singa dikesan berkeliaran berhampiran lombong di timur laut Afrika.

Kawanan haiwan liar itu dilihat berhampiran lombong Phalaborwa Foskor, di barat Taman Negara Kriger yang berdekatan dengan sempadan Mozambique.

Pasukan renjer kini mengawasi haiwan itu dan pihak berkuasa merancang menangkap ia dan melepaskan ia semula ke dalam hutan simpan.

Pegawai wilayah Limpopo memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada setiap masa.

Taman Negara Kruger adalah antara hutan simpan paling luas di Afrika, meliputi kawasan seluas 19,485 kilometer persegi.

Kawasan itu berpagar dan tidak dapat dipastikan bagaimana haiwan berkenaan dapat melepaskan diri.

Pihak berkuasa berkata, ini berkemungkinan kes paling banyak singa terlepas pernah disaksikan di Afrika Selatan.

Berita itu diketahui sehari selepas leopard di taman berkenaan membunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. — Agensi

423 dibaca
Berita Harian X