Rabu, 5 Jun 2019 | 9:36am
Penunjuk perasaan membakar tayar dan mendirikan sekatan jalan, menuntut kuasa penyerahan kuasa Majlis Ketenteraan negara kepada orang awam, di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

Majlis Keselamatan PBB bincang krisis Sudan

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermesyuarat, semalam untuk membincangkan krisis di Sudan selepas pemerintah tentera mengumumkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya berikutan susulan kekecohan terbaru yang menyaksikan hampir 40 orang terkorban.

Jerman dan Britain menggesa satu rundingan segera ketika keganasan di Khartoum menjadi perhatian komuniti antarabangsa di Khartoum selepas tentera menghalang bantahan ke atas pemerintahan tentera.

“Kita perlu kembali ke meja rundingan segera,” kata Duta Jerman, Christoph Heusgen.

Diplomat Jerman itu turut menolak cadangan majlis ketenteraan Sudan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh sembilan bulan kerana berpendapat proses pembuangan undi di seluruh negara tidak sesuai ketika ini.

“Ketika ini, rancangan mengadakan pilihan raya awal seperti menafikan demokrasi,” kata Heusgen kepada wartawan.

Majlis ketenteraan sudah memerintah negara sejak bekas Presiden, Omar al-Bashir disingkirkan pada 11 April lalu berikutan bantahan terhadap pemerintahan kuku besi beliau. - AFP

124 dibaca
Berita Harian X