Isnin, 20 Mei 2019 | 4:34pm
BEKAS pemimpin Sudan, Omar al-Bashir diusir tentera dan pemberontak.

Rundingan pembentukan kerajaan baru Sudan ditangguh

KHARTOUM: Tentera pemerintah Sudan dan pemimpin pemberontak masih buntu mencari jalan penyelesaian sepanjang perbincangan awal hari ini untuk memuktamadkan penubuhan badan pentadbiran baru yang akan menggantikan jeneral yang mengambil alih kuasa selepas pengusiran pemimpin lama, Omar al-Bashir bulan lalu.

Rundingan semula itu dilakukan susulan tekanan dari kuasa dunia agar satu perjanjian dicapai menggantikan kerajaan sementara yang diketuai orang awam - tuntutan utama penunjuk perasaan.

Menurut wakil AFP yang berada di kawasan istana presiden, tempat rundingan berlangsung berkata, Ia bermula kira-kira jam 9.00 malam, semalam dan masih berterusan sehingga hari ini.

“Mesyuarat ini masih diteruskan untuk berbincang berhubung badan peralihan, Persatuan Profesional Sudan yang baru melancarkan kempen bantahan terhadap Bashir, tulisnya di Twitter.

Katanya, mereka tidak tergesa untuk meraih kemenangan penting..apa saja boleh menjadi jalan penyelesaian, ia akan menjadi batu loncatan,” katanya.

Jeneral tentera dan pemimpin pemberontak menarik diri daripada isu paling penting, penubuhan badan kerajaan baharu yang bakal memerintah Sudan, selama tempoh peralihan kuasa selama tiga tahun.

Perjanjian itu dijangka berlaku pada Rabu, tetapi majlis tentera menangguhkan perjanjian itu untuk tempoh 72 jam. - AFP

Berita Harian X