Selasa, 7 Mei 2019 | 4:12pm

33 maut, empat kampung musnah dilanda kebakaran

JUBA: Kebakaran hutan yang disemarakkan dengan tiupan angin memusnahkan empat kampung di wilayah Western Bahr el Ghazal di Sudan Selatan, mengorbankan 33 orang, kata jurucakap presiden.

Jurucakap berkata dalam kenyataan lewat semalam bahawa 60 berada dalam keadaan kritikal selepas kebakaran berlaku kelmarin dan angka kematian dijangka bertambah. - Reuters

208 dibaca
Berita Harian X