Isnin, 6 Mei 2019 | 9:09pm
KEADAAN trak minyak yang meletup di Niamey. - Foto AFP

55 maut trak minyak meletup di Niger

NIAMEY: Seramai 55 orang terbunuh di Niamey, Nigeria semalam apabila sebuah trak minyak dilaporkan meletup semasa orang ramai sedang mengutip bahan bakar terbabit yang tertumpah di atas jalan raya.

Letupan berlaku di laluan RN1 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Niamey, hingga menyebabkan serpihan trak, motosikal berselerakan di atas jalan raya selain rumah berhampiran rosak akibat terbakar.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, jumlah mangsa yang maut ialah 55 orang dan 36 yang lain cedera.

“Semasa kejadian, penunggang motosikal dan orang ramai sedang mengerumuni trak itu sebelum ia meletup secara tiba-tiba.

“Saya menyaksikan sekurang-kurangnya 40 terbunuh,” kata saksi.

Seorang lagi saksi berkata, orang ramai dilihat cuba mengutip tumpahan minyak yang bocor dari trak yang terbabas sebelum letupan berlaku. -AFP

179 dibaca
Berita Harian X