Jumaat, 3 Mei 2019 | 9:44pm
WHO merancang memperkenalkan satu vaksin baharu tidak berlesen dibuat Johnson & Johnson sebagai tambahan kepada vaksin Merck yang sudah digunakan. -Foto Reuters

Kematian virus Ebola di Congo hampiri 1,000 orang - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini, ia bimbang dengan ‘pemindahan intensif’ virus Ebola di Republik Demokratik Congo, di mana kematian daripada epidemik sembilan bulan berjumlah 994 kes dan dijangka melebihi 1,000 dalam beberapa jam.

Rancangan WHO memperkenalkan vaksin baharu Ebola tidak berlesen dibuat Johnson & Johnson, sebagai tambahan kepada vaksin Merck yang sudah digunakan sebagai ‘satu lagi alat dalam kotak peralatan,’ kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr Michael Ryan kepada taklimat media di sini.

Namun insiden keselamatan terus melanda tindak balas terhadap wabak, termasuk serangan ke atas kemudahan itu semalam, memperlahankan pemvaksinan dan pemeriksaan harian terhadap kira-kira 12,000 orang yang berpotensi terdedah kepada virus berkenaan. -Reuters

122 dibaca
Berita Harian X