Jumaat, 3 Mei 2019 | 8:38pm

Puluhan penduduk maut dalam pertempuran etnik di Habsyah

ADDIS ABABA: Puluhan penduduk awam ditembak mati dalam pertempuran etnik di negeri Amhara di utara Habsyah, kata pegawai serantau hari ini, menggambarkan serangan sebagai membalas dendam dalam pertempuran sebelum ini.

“Misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mayat dan mangsa masih hidup dalam serangan yang berlaku Isnin lalu, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa angka kematian meningkat kepada puluhan orang,” kata Geleta Hailu, Pengarah Komunikasi di kejiranan negeri, Benishangul Gumuz.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah angka kematian, namun berkata lebih 80 orang cedera semasa serangan terhadap etnik Gumuz di negeri ini dan 90 yang lain sedang mendapatkan perlindungan di sekolah tempatan.

Katanya, identiti lelaki bersenjata tidak dikenali dan serangan terbabit seperti membalas dendam di atas pembunuhan kira-kira 21 orang semasa pertempuran berasingan hujung minggu lalu antara kumpulan etnik Gumuz dan Amhara di negeri Benishangul Gumuz. -AFP.

188 dibaca
Berita Harian X