Rabu, 24 April 2019 | 7:45am
FOTO hiasan.

Hujan lebat ragut 17 nyawa kanak-kanak di Uganda

KAMPALA: Hujan lebat melanda timur Uganda menyebabkan rumah dan tanaman musnah, dan mengorbankan 17 kanak-kanak dan seorang dewasa, kata Palang Merah semalam.

“Kini 18 disahkan terbunuh, 17 daripadanya ialah kanak-kanak di kampung Bulembo di daerah Buyende.

“Banyak bangunan dihanyutkan, dan tanaman musnah,” kata jurucakap pertubuhan itu, Irene Nakasiita.

Namun beberapa pihak lain memberikan angka kematian berbeza akibat cuaca buruk itu.

Polis Uganda berkata, 13 kematian berlaku di kampung berkenaan manakala pengerusi Buyende, William Kiiza, berkata 30 dikhuatiri maut.

“Kami menjangkakan antara 20 hingga 30 penduduk terbunuh dalam hujan lebat kerana sebahagiannya terkena serpihan dan tembok runtuh.

“Ada mayat ditemui di bawah runtuhan struktur, ada yang memberitahu kehilangan anggota keluarga,” kata Kiiza yang dipetik akhbar tempatan. — AFP

99 dibaca
Berita Harian X