Selasa, 12 Februari 2019 | 10:56pm
- Gambar hiasan

Wanita dipaksa lakukan hubungan seks untuk vaksin Ebola

BENI: Wanita didakwa dipaksa melakukan hubungan seks untuk mendapatkan vaksin Ebola di Republik Demokratik Congo, lapor laman berita DailyMail, hari ini.

Kebimbangan terhadap salah laku pekerja lapangan dalam usaha membendung penyakit maut itu muncul, ketika jumlah kematian penularan wabak terbaharu di negara terbabit melepasi 500 orang.

Dakwaan itu timbul beberapa hari, selepas Menteri Kesihatan negara terbabit memaklumkan program vaksin berjaya menyelamatkan ribuan nyawa.

Menurut The Guardian, kajian menunjukkan wujud kebimbangan daripada ramai responden bahawa ada yang meminta balasan hubungan seks untuk rawatan virus Ebola termasuk suntikan vaksin.

Perkara itu dibangkitkan, ketika pihak berkuasa berkumpul untuk mesyuarat jawatankuasa nasional di bandar Beni.

Mereka dimaklumkan bahawa penyelidikan badan bukan kerajaan NGO mendapati wujud kesangsian meluas di kalangan pekerja kesihatan di Republik Demokratik Congo. - Agensi/ DailyMail

2999 dibaca
Berita Harian X