Jumaat, 8 Februari 2019 | 10:54pm
KES culik membabitkan lelaki bersenjata di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique.

7 dipenggal, 3 remaja perempuan diculik di utara Mozambique

MAPUTO: Tujuh orang dipenggal dan tiga remaja perempuan diculik lelaki bersenjata di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique, awal Khamis, lapor Radio Mozambique (RM).

Penyerang menceroboh sebuah rumah di daerah Macomia sebelum memenggal kepala mangsa manakala beberapa lagi orang yang berada di tempat kejadian berjaya melarikan diri.

Mayat kesemua mangsa ditemui oleh beberapa penduduk lain dan tiga remaja perempuan berusia antara 13-15 tahun gagal dikesan.

Bimbang diserang kumpulan bersenjata, kebanyakan penduduk di beberapa daerah wilayah itu bersembunyi serta tidur di dalam hutan dan hanya kembali ke rumah masing-masing sebelah pagi. - BERNAMA

576 dibaca
Berita Harian X