Selasa, 5 Februari 2019 | 8:14am
Gambar fail, seorang tentera sedang mengawal sempadan Mali. - Foto live-let-live.org

14 maut serangan militan di Burkina Faso

OUAGADOUGOU: Seramai 14 orang awam terbunuh dalam satu serangan militan di utara Burkina Faso berhampiran sempadan Mali, kata tentera semalam.

Susulan itu tentera melancarkan tiga serbuan di wilayah utara sebagai tindak balas dan berkata 146 militan berjaya ditumpaskan, menurut satu laporan.

Serangan militan di bandar Kain di wilayah Yatenta berhampiran sempadan Mali adalah antara yang paling serius pernah dilancarkan.

Insiden berlaku pada malam menjelang sidang kemuncak G5 Sahel yang dijadual berlangsung di Ouagadougou hari ini.

Jurucakap tentera, Kolonel Lamoussa Fofana berkata dalam satu kenyataan, pada malam Ahad dan Isnin, serangan militan di Kain mengakibatkan 14 orang awam terbunuh.

“Sebagai tindak balas ke atas serangan itu, pertahanan negara dan pasukan keselamatan segera melancarkan operasi di Kain, Banh dan Bomboro.

Sejak 2015, jumlah korban akibat serangan militan meningkat kepada hampir 300 orang. - AFP

168 dibaca
Berita Harian X