MOGADISHU: Angka kematian dalam serangan bom kereta di pusat membeli belah di ibu negara Somalia, hari ini meningkat kepada 11 orang.
“Beberapa mayat dialihkan dari sebuah bangunan yang runtuh di lokasi letupan di lokasi kejadian.
“Setakat ini, angka kematian ialah 11 orang awam manakala sepuluh lagi cedera,” kata pegawai polis, Mohamed Hussein memberitahu Reuters.
Awalnya, polis berkata bahawa dua orang terbunuh, namun angka itu dijangka meningkat. - Reuters
86 dibaca