Sabtu, 2 Februari 2019 | 2:13am
REUTERS (NIGERIA)

Boko Haram bunuh 60 penduduk awam

LAGOS: Pergerakan Boko Haram membunuh sekurang-kurangnya 60 penduduk awam dalam serangan di pekan terpencil Rann di timur laut Nigeria awal minggu ini, kata Amnesty International semalam.

Pengarah kumpulan hak asasi manusia itu di Nigeria, Osai Ojigho, berkata sekurang-kurangnya 60 terbunuh manakala imej satelit menunjukkan ‘pembakaran besar-besaran’ struktur yang digunakan gelandangan.

“Sebelas mayat ditemui di Rann, dan 49 lagi di luar pekan itu,” kata kumpulan berkenaan dalam kenyataan yang di emel, menambah 50 lagi masih hilang.

Ia memetik satu dalam 10 anggota awam militia yang mengunjungi Raan untuk mengebumikan mayat ketika menyatakan mayat yang ditemui di luar pekan itu menunjukkan tanda cedera ditembak.

“Serangan ke atas penduduk awam yang ketiadaan tempat tinggal disebabkan konflik berdarah mungkin menyamai jenayah perang dan mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan,” kata Ojigho.

Angka kematian adalah ‘yang paling dahsyat’ dilakukan Boko Haram di Rann, katanya.

Pada Januari 2017, serangan udara Nigeria bertujuan menyerang militan mengorbankan 112 orang ketika pekerja bantuan mengedarkan makanan. — AFP

529 dibaca
Berita Harian X